PENGUMUMAN

BLOG INI SEDANG DIKEMASKINI UNTUK MEMASTIKAN IANYA TERUS RELEVAN. KEPADA PENGUNJUNG HARAP DAPAT KEMBALI SEMULA KE BLOG INI UNTUK PERKEMBANGAN TERKINI . HARAP MAAF

Bagaimana untuk ke SKKR/Kedudukan Kami

Saturday, January 23, 2010

LARIAN MESRA 2010


Sekolah kebangsaan Kampong Raja telah mengadakan Larian Mesra 2010 pada 21 Januari 2010. Seramai kira-kira 800 murid yang terdiri daripada kelasPrasekolah ,tahun satu hingga 6 telah terlibat dalam acara ini.Persiapan seawal pagi sebelum memulakan acara telah melancarkan lagi acara larian ini.
Berbaldi air telah disediakan untuk menghilangkan dahaga para peserta larian dengan kerjasama pekerja

Para peserta telah diajak untuk melakukan senamrobik yang diketuai Pn. Mastura untuk memenaskan badan dan mengelakkan sebarang kecederaan otot


Persiapan penamat dilakukan mengikut lorong setiap tahun





Murid yang mengambil bahagian lebih banyak berjalan daripada berlari. Mungkin tahun depan acara ini ditukar kepada Jalanan Mesra 2011?


Cikgu Che Ismail bersama Cikgu Zamri bertugas sebagai pemerhati perserta



Kerjasama Polis Kampong Raja turut membantu melancarkan dan melicinkan perjalanan dan larian para pesrta.Terima Kasih diucapkan!



Kawalan keselamatan amat dititiberatkan dengan meletakkan keselamatan murid ditempat utama.



Makan angin ?



Kawalan di laluan Tahun 1 dan Pra sekolah dilakukan oleh Cikgu Azman.



Antara peserta terkebelakang memberikan Pose istimewa buat peminat mereka


PERSIAPAN BAGI UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH
Kelihatan Cikgu Nor Zuraidah bersama AJK hadiah mengatur hadiah yang bakal diterima oleh Pemenang.

Antara Murid yang sabar menunggu pengumuman keputusan Pemenang diumumkan.Walaupun panas mereka tetap sabar menunggu.Syabas !



Hadiah kepada pemenang tempat ke 10 berupa Baldi Buatan Malaysia disampaikan oleh GPK HEM.




Piala Pusingan bagi Juara Keseluruhan Larian Cergas dianugerahkan kepada Rumah KUNING. Diterima oleh En. Ramlan B. Ramli selaku wakil Ketua Rumah Kuning ,Iaitu Cikgu Ismail yang tidak dapat menerima hadiah setelah begitu terharu dengan kemenangan rumahnya


Piala telah diarak ke serata sekolah oleh Cikgu Ramlan.


Akhirnya cikgu Che Ismail dapat mengawal perasaan terharunya dan bergambar bersama piala kemenangan....


JUMPA LAGI DI LARIAN MESRA 2011
Berikut adalah keputusan keseluruhan Larian Mesra 2011
Johan - Kuning
naib johan - Merah
ketiga - Biru
keempat - Hijau
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam Acara ini......
















1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...