PENGUMUMAN

BLOG INI SEDANG DIKEMASKINI UNTUK MEMASTIKAN IANYA TERUS RELEVAN. KEPADA PENGUNJUNG HARAP DAPAT KEMBALI SEMULA KE BLOG INI UNTUK PERKEMBANGAN TERKINI . HARAP MAAF

Bagaimana untuk ke SKKR/Kedudukan Kami

Saturday, December 5, 2009

Kejayaan dalam Ko akademik dan kokurikulum

Keratan akhbar Sinar Harian 18 Julai 2007 , kejayaan Kumpulan Nasyid SKKR menjuarai Pertandingan Peringkat Negeri dan mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan

*klik untuk memperbesar imej



Di antara Pencapaian SKKR dalam Ko akademik dan kokurikulum

Thursday, December 3, 2009

STATISTIK PENCAPAIAN UPSR

STATISTIK PENCAPAIAN UPSR SK.KAMPONG RAJA
1997 -2009 (12 TAHUN)



Antara bangunan tertua di Sekolah Kebangsaan Kampong Raja yang dibina sekitar 1920an


SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Kampong Raja merupakan sekolah yang tertua di daerah Besut dan mula dibuka pada tahun 1916.Guru Besar yang pertama ialah Yang Mulia Tengku Kasim Bin Mohd Yusof.Ketika itu sekolah ini terletak di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Teluk. Kampung ini merupakan kampung yang terletak di tepi sungai. Kampung ini telah tiada akibat hakisan sungai menyebabkan penduduknya berpindah ke tempat lain. Sekolah ini juga berpindah ke tapak baru ke balai raja Kampung Raja. Balai tersebut adalah kediaman bekas Raja Besut iaitu Tengku Long (persuruhjaya Besut yang akhir)Perpindahan ini berlaku pada 1 Julai 1920. Pada 1922 tapak sekolah ini dipindahkan buat kali ketiga ke pasar lama Kampung Raja , sekarang merupakan tapak Stor Majlis Daerah.




Pada peringkat permulaannya sekolah ini menerima kemasukan murid lelaki sahaja. Setelah beroperasi kira-kira 20 tahun , pada tahun 1937 sekolah ini menerima buat kali pertama 5 orang murid perempuan.Disebabkan budaya masyarakat ketika itu , kemasukan murid perempuan ini telah mendapat tentangan masyarakat setempat ketika itu. Namun demikian akhirnya dengan galakan dan dorongan guru besar ketika itu , Encik Khalid bin Mat Senawi guru besar pada 1936 hingga 1943 , mereka akhirnya diterima sebagai murid Sekolah ini.



Pada Tahun 1950 , Sekolah kebangsaan Kampong Raja telah menerima guru besar wanita yang pertama iaitu Cik Zaharah Binti Ngah.Di bawah beliau pentadbiran sekolah terbahagi kepada dua iaitu perempuan dan lelaki dan beliau menjadi guru besar sekolah perempuan. Pada tahun 1954 murid lelaki dan perempuan dicantumkan semula menjadi satu.



Pada tahun 1955 sekolah Kampong Raja telah membuka kelas darjah 7 bagi daerah Besut. semua murid daerah Besut yang berjaya dalam darjah 6 akan menyambung pengajian di sekolah ini. Kelas ini mempunyai 2 kelas sahaja ketika itu.

Wednesday, December 2, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN 6 2009

GPK yang menghadiri Jamuan
Antara guru-guru yang hadir



Berselera menikmati jamuan yang disediakan.


Mendengar amanat yang disampaikan Tuan Guru Besar



Antara murid tahun 6 2009













Sekitar SEKOLAHKU

Bangunan tertua di SK. Kg Raja.Dibina sekitar 1920 an
Suasana pembelajaran di tahun 1

Bangunan Pra Sekolah SK. Kg Raja



Pemandangan Di Dataran Perhimpunan






Bangunan Pentadbiran di mana terletak pejabat , bilik guru besar , bilik guru dan beberapa kelas.


Pondok Tempat berehat dan berehat


Makmal komputer SKKR







Suasana di Majlis Pengumuman Keputusan UPSR 2009

Antara guru-guru tahun 6 yang sabar menanti pengumuman Keputusan UPSR 2009 yang bakal diumumkan En. Suhaimi B.Che Long.Turut Kelihatan GPK 1 SKKR,En. Abd.Wahab B. Husain.

Antara Murid lelaki yang berjaya memperolehi 5 A

Di belakang terdapat ibubapa yang sabar menanti keputusan yang diumumkan guru besar






Murid perempuan yang berjaya mendapat 5 A

Keputusan yang bakal merangsang untuk kejayaan seterusnya pada masa hadapan...InsyaAllah



Sebelum keputusan diumumkan

Menanti dengan penuh harapan.........





Tahun ini SKKR memperolehi seramai 47 orang 5A berbanding 56 orang tahun 2008.Walaupun terdapat penurunan dari segi bilangan 5A , SKKR masih berada di tangga ke-2 daerah Besut.Apapun tahniah kepada semua warga SKKR ...Ayuh ! kita gandakan usaha untuk lebih berjaya tahun 2010.SKKR pasti Cemerlang!
Kepada calon UPSR yang berjaya tahniah , kepada yang gagal bukan penamat masa depan kamu.Pastikan kegagalan hari ini , tonik untuk berjaya pada masa hadapan






Tuesday, December 1, 2009

Gambar dan wajah dalam Majlis Jamuan Akhir tahun 2009




Antara wajah dan gambar di sekitar majlis Jamuan Akhir Tahun 2009


Guru Besar SKKR yang masih relevan En.Suhaimi bin Che Long



Guru Penolong Kanan 1 ,En.Abdul Wahab Bin Hussien




GPK HEM , En Nur Azmi





Guru Penolong Kanan Ko ,Pn.Robiah bt Haron atau kak Zah






Jamuan Akhir Tahun dan Majlis perpisahan guru bertukar

Pn.laila Bt Mat Sulaiman atau mesra dengan kak La telah bertukar ke setiu dan di naikan pangkat sebagai GPK HEM. Merupakan seorang yang mudah mesra dan baik hati.Pernah menjadi penyelaras UPSR ,ketua Panitia BM,Guru BM tahun 6.Pakar rujuk guru-guru BM SKKR tentang Tatabahasa .












Tuan Hj. Norani Bin Mahmud Telah Berpindah ke SK.Penarik , Setiu dan dinaikan pangkat sebagai GPK HEM. Beliau ialah guru disiplin, Guru ICT ,guru BM tahun 6 ,Setiausaha PIBG dan banyak lagi jawatan penting yang pernah disandang oleh beliau















Pn.Hjh Wan Saupina Bin Wan Ishak telah bertukar Ke SK.Kg Buluh ,Setiu merupakan guru paling veteran di SK.Kg Raja.Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM. Antara Jawatan Beliau semasa di SKKR ialah Guru Bahasa Inggeris tahun 6, Pengerusi Bilik Guru ,Penyelaras Tahun 6 dan banyak lagi. Pertukaran Beliau , kehilangan besar buat SKKR






















Sekitar sambutan Hari guru 2009


Ini adalah wajah guru-guru dan murid-murid SKKR ketika sambutan hari Guru Peringkat Sekolah 2009

Wednesday, November 11, 2009

JAMUAN PERDANA SKKR






Guru dan kakitangan bertungkus lumus membasuh daging untuk dimasak





Berkerjasama dalam menyediakan juadah untuk kira-kira 900 warga SKKR.










AJK nasi dengan tugas-tugasnya , memasak nasi menggunakan tiga periuk besar

Monday, November 9, 2009

Gotong-royong











Gotong royong yang boleh mengeratkan warga SK.KG.Raja.Objektif utama ialah menyemai semangat cintakan kebersihan dan sifat bertanggung jawab terhadap sekolah.Aktiviti gotong royong dijalankan sepanjang tahun.

AKTIVITI SEPANJANG 2009










Menjadi tuan Rumah Pertandingan Bola Tampar zon dan Daerah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...