PENGUMUMAN

BLOG INI SEDANG DIKEMASKINI UNTUK MEMASTIKAN IANYA TERUS RELEVAN. KEPADA PENGUNJUNG HARAP DAPAT KEMBALI SEMULA KE BLOG INI UNTUK PERKEMBANGAN TERKINI . HARAP MAAF

Bagaimana untuk ke SKKR/Kedudukan Kami

Thursday, December 3, 2009



Antara bangunan tertua di Sekolah Kebangsaan Kampong Raja yang dibina sekitar 1920an


SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Kampong Raja merupakan sekolah yang tertua di daerah Besut dan mula dibuka pada tahun 1916.Guru Besar yang pertama ialah Yang Mulia Tengku Kasim Bin Mohd Yusof.Ketika itu sekolah ini terletak di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Teluk. Kampung ini merupakan kampung yang terletak di tepi sungai. Kampung ini telah tiada akibat hakisan sungai menyebabkan penduduknya berpindah ke tempat lain. Sekolah ini juga berpindah ke tapak baru ke balai raja Kampung Raja. Balai tersebut adalah kediaman bekas Raja Besut iaitu Tengku Long (persuruhjaya Besut yang akhir)Perpindahan ini berlaku pada 1 Julai 1920. Pada 1922 tapak sekolah ini dipindahkan buat kali ketiga ke pasar lama Kampung Raja , sekarang merupakan tapak Stor Majlis Daerah.




Pada peringkat permulaannya sekolah ini menerima kemasukan murid lelaki sahaja. Setelah beroperasi kira-kira 20 tahun , pada tahun 1937 sekolah ini menerima buat kali pertama 5 orang murid perempuan.Disebabkan budaya masyarakat ketika itu , kemasukan murid perempuan ini telah mendapat tentangan masyarakat setempat ketika itu. Namun demikian akhirnya dengan galakan dan dorongan guru besar ketika itu , Encik Khalid bin Mat Senawi guru besar pada 1936 hingga 1943 , mereka akhirnya diterima sebagai murid Sekolah ini.



Pada Tahun 1950 , Sekolah kebangsaan Kampong Raja telah menerima guru besar wanita yang pertama iaitu Cik Zaharah Binti Ngah.Di bawah beliau pentadbiran sekolah terbahagi kepada dua iaitu perempuan dan lelaki dan beliau menjadi guru besar sekolah perempuan. Pada tahun 1954 murid lelaki dan perempuan dicantumkan semula menjadi satu.



Pada tahun 1955 sekolah Kampong Raja telah membuka kelas darjah 7 bagi daerah Besut. semua murid daerah Besut yang berjaya dalam darjah 6 akan menyambung pengajian di sekolah ini. Kelas ini mempunyai 2 kelas sahaja ketika itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...