PENGUMUMAN

BLOG INI SEDANG DIKEMASKINI UNTUK MEMASTIKAN IANYA TERUS RELEVAN. KEPADA PENGUNJUNG HARAP DAPAT KEMBALI SEMULA KE BLOG INI UNTUK PERKEMBANGAN TERKINI . HARAP MAAF

Bagaimana untuk ke SKKR/Kedudukan Kami

Sunday, March 7, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA SKKR2010

Sekitar Kejohanan Olahraga SKKR 2010
Pada 22 dan 23 Februari, SKKR telah mengadakan Kejohanan Olahraga SKKR 2010.Majlis perasmian dilakukan tepat pukul 3.45 petang 22 Februari dan disempurnakan oleh En. Suhaimi bin Che Long, Guru Besar SKKR. Seramai lebih kurang 750 murid tahap 1 dan 2 telah mengambil bahagian dalam kira-kira 45 acara termasuk sukaneka
Berikut di antara gambar-gambar sepanjang kejohanan berlangsung.......

Bendera Kejohanan Berkibar Megah Sepanjang 2 hari kejohanan berlangsung.







Suasana di khemah hari pertama sebelum perarakan bermula




Wajah keriangan masih tergambar di raut wajah walaupun kepenatan


Perarakan masuk ketika majlis perasmian Kejohanan Olahraga SKKR 2010, berjalan dengan lancar


Guru-guru SKKR sentiasa berkerjasama dalam memastikan Kejohanan berlangsung dengan jayanya....



Penyampaian Hadiah disempurnakan setiap kali sesuatu acara selesai dilangsungkan







Saturday, March 6, 2010

Perjumpaan ibubapa tahun 6 kali pertama

PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6 2010

Satu perjumpaan antara guru tahun 6 bersama ibu bapa murid tahun 6 telah diadakan pada 18 Februari 2010.Majlis ini bertujuan menerangkan aktiviti dan program peningkatan UPSR 2010. Satu taklimat ringkas dan majlis dialog turut diadakan.Melalui program ini diharapkan ibubapa lebih memahami dan cakna terhadap kepentingan prestasi UPSR anak mereka

Buku aturcara Program



Bacaan Doa oleh Ustaz Hafizan ..bagi memberkati majlis

Antara barisan guru tahun 6 yang hadir.



En.Suhaimi Bin Che Long ,Guru Besar bersama penceramah Motivasi


Barisan orang penting dalam memastikan kejayaan UPSR SKKR



Antara ibu bapa yang hadir





Saturday, January 23, 2010

LARIAN MESRA 2010


Sekolah kebangsaan Kampong Raja telah mengadakan Larian Mesra 2010 pada 21 Januari 2010. Seramai kira-kira 800 murid yang terdiri daripada kelasPrasekolah ,tahun satu hingga 6 telah terlibat dalam acara ini.Persiapan seawal pagi sebelum memulakan acara telah melancarkan lagi acara larian ini.
Berbaldi air telah disediakan untuk menghilangkan dahaga para peserta larian dengan kerjasama pekerja

Para peserta telah diajak untuk melakukan senamrobik yang diketuai Pn. Mastura untuk memenaskan badan dan mengelakkan sebarang kecederaan otot


Persiapan penamat dilakukan mengikut lorong setiap tahun





Murid yang mengambil bahagian lebih banyak berjalan daripada berlari. Mungkin tahun depan acara ini ditukar kepada Jalanan Mesra 2011?


Cikgu Che Ismail bersama Cikgu Zamri bertugas sebagai pemerhati perserta



Kerjasama Polis Kampong Raja turut membantu melancarkan dan melicinkan perjalanan dan larian para pesrta.Terima Kasih diucapkan!



Kawalan keselamatan amat dititiberatkan dengan meletakkan keselamatan murid ditempat utama.



Makan angin ?



Kawalan di laluan Tahun 1 dan Pra sekolah dilakukan oleh Cikgu Azman.



Antara peserta terkebelakang memberikan Pose istimewa buat peminat mereka


PERSIAPAN BAGI UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH
Kelihatan Cikgu Nor Zuraidah bersama AJK hadiah mengatur hadiah yang bakal diterima oleh Pemenang.

Antara Murid yang sabar menunggu pengumuman keputusan Pemenang diumumkan.Walaupun panas mereka tetap sabar menunggu.Syabas !



Hadiah kepada pemenang tempat ke 10 berupa Baldi Buatan Malaysia disampaikan oleh GPK HEM.




Piala Pusingan bagi Juara Keseluruhan Larian Cergas dianugerahkan kepada Rumah KUNING. Diterima oleh En. Ramlan B. Ramli selaku wakil Ketua Rumah Kuning ,Iaitu Cikgu Ismail yang tidak dapat menerima hadiah setelah begitu terharu dengan kemenangan rumahnya


Piala telah diarak ke serata sekolah oleh Cikgu Ramlan.


Akhirnya cikgu Che Ismail dapat mengawal perasaan terharunya dan bergambar bersama piala kemenangan....


JUMPA LAGI DI LARIAN MESRA 2011
Berikut adalah keputusan keseluruhan Larian Mesra 2011
Johan - Kuning
naib johan - Merah
ketiga - Biru
keempat - Hijau
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam Acara ini......
















Wednesday, January 20, 2010

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SKKR 2010

Antara Jemputan yang hadir bersama GPK 1 En. Abdul Wahab , GPK HEM ,En.Mohd Nor Azmi dan GPK Ko, Pn.Robiah Bt Haron.
Jemputan terdiri daripada Insp.Yaakob bin Abd Mutalib ,Ketua Balai Polis Kg. Raja dan Sarjan Mejar Siti Fatimah .









Guru Besar SKKR menyampaikan amanat dan nasihat di dalam majlis










Antara Guru yang turut hadir dalam majlis ini







Barisan Pengawas yang bakal memikul tanggung jawab besar dalam menjaga nama baik SKKR











Wakil Pengawas yang memberi Pidato











Insp.Yaakob B.Abd. Wahab bin Abd. Mutalib menyampaikan ucapan dan merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas SKKR 2010.

















Antara Pengawas yang menerima Watikah perlantikan




Upacara mengangkat sumpah yang diketuai oleh Wan Amir Solehin B Wan Azlan ketua pengawas SKKR












Pengawas mengangkat sumpah dan ikrar untuk menjaga nama baik sekolah dan menjaga undang-undang yang telah termaktub di bawah peraturan sekolah




















Pada Hari Ahad bersamaan 17 Januari 2010 telah diadakan Majlis perlantikan dan penyerahan Watikah Pengawas 2010 . Dalam Majlis ini seramai 83 Pengawas yang terdiri daripada 43 lelaki dan 40 perempuan telah dilantik.

Ketua Pengawas Lelaki : Wan Amir Solehin Wan Azlan
Ketua pengawas Perempuan : Rezan Aqilah bt Razali

Penolong Ketua Pengawas (L) : Mohd Zahir Hafiq b. Md Zawawi
Penolong Ketua Pengawas (P) : Nur Aisyah Hazim Che Ammar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...